Tuesday, June 26, 2012

Kala tinta mula menari

Lama xmencoretkan sesuatu kat wall blog ni..

Hati rasa nak menulis.. so menari lah jari mengambil alih tugas pena untuk melakar rasa. 

Sedar xsedar dah 4 tahun stdy..dah dua bulan bt praktikal,dah nak habis pon praktikal..banyak pengalaman menarik semasa bergelar student,sahabat,bdk praktikal.. 

 Mula mengatur langkah baru sama da sebagai pkerja or sebagai stdn lg..masih ter fikir2 masih kurg jelas matlamat dinul slepas ni..bukan hidup xbertjuan,,tapi tawaran yg menarik di depan mata..kdua-duanya di negeri orang. Bezanya antara dekat dan jauh ja.

Yang dekat lebih mendekatkan diri dengan kehidupan mahasiswa walaupun bkerja.

Yang jauh lebih kpd alam stdn tapi mndektkn dri kea rah pkrjaan..

Dilema yg mmerlukn kita bersujud kpd Dia..tp smuanya berbalik kpd sbuah pershbtn..sgguh syg nk tggl shbt yang bersama dlm 4 tahun..

Bla dah study, dah xda kwn yang nk study skali,dah hilang kwn yang selalu fight bla study,xda yg nk cmbru blat k kita study, xda plan nk kmpul ramai2..xda yg prihatin dah..

Smua tu bkn xda bla dh habis blajr tp..sush nak jmpa yg ada semasa study slpas dh hbis stdy..pershbtn yang x diminta tp pershbtn yang di ribat atas sbuah tggungjawab yang di amanahkan..sebb tu terkesan sbuah pershabatan sampai sekarang.. 

Bahagia sgt..lagi bahagia bila dgr brita prtungn kawan-kawan..moga semuanya ke jinjang pelamin…eh..tersyasyul, semoga semuanya bersatu dlm lafaz ijab n qabul.. Dah mleret kot pena ni menari..ntah bila plak pena nk bergerak lagi..

Sunday, June 26, 2011

~permainan yahudi~



Akhir-akhir ini agenda yahudi semakin melapau-lampau,makin banyak agenda mereka selepas puak yahudi ini menyedari umat islam sebenarnya tidak bodoh dan usaha mereka banyak yang sia-sia......

Sebagai Umat Islam kita harus berhati-hati dalam setiap aspek terutamanya pemakanan...

Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Friday, March 25, 2011

All One - Sahabat (Lirik)



~ kerana ukhuwah yang terbina ~

~ Pesanan Buat Si Dia~

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Wednesday, December 8, 2010

mukhayyam genius insani (mugni)





last week memang abeh masa atas jalan jer.pas program,program..pas blik umah blik ag..ltih tu Allah ja yang taw..hmm..mukhayyam genius insani..actually join program ni semata2 nak isi masa cuti..tapi bla extend exm di sbbkan cuti bencana alam..jadi la huru hara skejap nak cri fasi..alhamdulillah Allah maha penyayang,dia tahu niat baik hambanya..dia hntar pertolongan wlaupun saat-saat akhir..bersyukur sgt time tu..klau ikut time cti memang xsusah nak dapatkan fasi..tp bla dah dkat exam..sapa la yang sanggup tinggalkan buku termasuk dinul..ikutkan xmau join..tapi bla dah terdesak sangat kena la join jugak wlaupun exam juz 3,4 hari agi..sebab dinul ikhlas nak bantu ust kesaygn dinul..
program ni untuk adik2 9-16 taun..hebat xhebat program ni buat kat dewan milenium..2 hari sati malam jer..tapi spa yang btul2 menghargainya memang beruntung..dinul ni kira insan yang beruntung diberi kepercyaan oleh ust fatah jadi fasi..prgram anjuran PAKSY n Byna Technology..(Prgram family)
Masyaaalah beruntung sangat2 join program ni..banyak input yang menarik,telatah ust abdullah khairi,ust fatah n ust rushdi memamg xkering gusi..malam program,makin jadi ust lah dengan telatahnya bila muncul ust kimi ngn kak ziha (juara cari menanatu)..selang beberapa ketika muncul plak ust asyraf juara cari menantu..makanya makin gamat la dewan tu dengan gelak ketawa adik2..program ni agak berlainan dari program yang penah dinul join..mna xnya..smua pakai multimedia..xpyah nak berceramah panjang2..dah mampu memberi kesan dengan tayangan video yang ada..manusia semakin cakna dengan pelbagai kemudahan serta lebih tertarik dengan teknologi yang ada..
xsgka adik2 mugni memang btul2 genius,xmalu2 menunjukkan bakat masing-masing,yang pandai bernasyid,bergendang suma tunjuk bakat.mengenali adik-adik yang dtg dari pelbagai tempat di penang memang menghiburkan..menyelami pelbagai perasaan yang dorang rasa membri keinsafn buat dinul.
hari kedua plak lain ceritanya bla plan nak bangun awal dari adik2 tapi,terjaga cukup waktu.letih dah seharian berkawad perhatikan adik2..tapi dek keseronokkan brada dlm program..lpa sjenak part letih tu..bangun jam 4 pagi untuk qiamullail ringkas slpas tu buat network plak..dasat btol shbt2 muslimin membuli adik2 penang..bila tengok rakamn video prgram memang klakar..kena merangkak..jalan itik..redah terowong buatan n mcm2 lagi..adik2 di ajar plak solat dalam suasana darurat..lain macam jer muka adik2 ni bila kena solat kat datran tanah berbatu dan berumput..tapi adik2 ni smua patuh jer.lpas subuh jer adik ready nak beriadah,slesai snaman ringan ada acara tarian..belon diikat di kaki then kwn2 pakat pijak..riuh rendah kawasan dewan tuh.
..kemuncak program ni bila ust lah handle..sure dah adik2 akan nangis...sjak kcik dok follow ust lah punya prgram suma dinul nangis..so..xberkemungkinan kali ni pun sma..ttba d pertghn slot ust lah sruh buat salam waida'..ap lagi xpayah tggu ust lah bagi ayt power2 pun dinul n shbt2 muslimat dh merah mata..adik2 plak ada yang nangis n yg gelak-gelak pun ada.tapi time ni under control lagi la.msa ending tu memang dinul,shbt2 dinul,naemah,gizah n jehan nangis sakan..buatnya plak tgk air mta ust lah,ust fatah ngn smua adik beradik dorang..cemburu sangat bila tgk ust lah peluk ayh n mak dia time tu..cam nak cari ja umi n abi dinul nak peluk..tapi dorang xda kat citu..rncg awalnya nak blik kampusterus lpas prgram trus cancel..mna xnya..mta dah bengkak..buatnya blik kampus dok ingat umi n abi,xstudy jugak dinul kat asrama nanti..
hmm dah panjang lebar menulis..kena smbung stdy plak..

Saturday, July 3, 2010

ukhuwah

Keikhlasan seseorang dalam menjalinkan sebuah persahabatan akan melahirkan ukhuwah yang mungkin tidak dapat dirasa atau dilalui oleh insan-insan yang lain...indahnya perkenalan andai di simpulkan dengan kasih sayang,betapa pahit perpisahan setelah simpulan kasih sayang tertanam dalam jiwa-jiwa insan yang terpilih, betapa indah diri jika kemesraan bertunas atas dasar kasih sesama insan yang telah dipaterikan dengan ikatan ukhuwah..
sayang...kasih..cinta..rindu..kemesraan..setia.. kejujuran..keikhlasan..perkongsian..yang telah di anugerahkan kepada kita..ramuan inilah yang menyedapkan lagi perasa ukhuwah yang sering menjadi santapan-santapan insan yang bertuah memilikinya..